TEKNIK MEMBACA: PEMBACAAN CEPAT
OLEH:NURUL WAHIDAH BINTI JAMALUDIN NASIR
Menurut Anderson (1972:209) secara singkat dan sederhana beliau mencuba
mendefinisikan membaca sebagai proses kegiatan menyesuaikan huruf atau
melafazkan lambang-lambang bahasa tulis atau reading is a recording and
decoding process. Membaca merupakan proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dan penulis melalui tulisan yang dibaca.
Terdapat tiga peringkat utama dalam proses membaca iaitu:
SEBELUM MEMBACA
-Menentukan bahan yang akan dibaca
-Menentukan cara bahan disusun
-Menentukan perkara yang perlu diingati
-Tujuan membaca
SEMASA MEMBACA
-Mengenal pasti isi-isi penting
-Kenal pasti pola penulisan
-Menghubungkan idea-idea
-Meramal perkara yang akan berlaku
SELEPAS MEMBACA
-Kenal pasti tujuan penulis
-Analisis teknik dan bahasa penulis
-Menilai kecekapan penulis
Justeru itu,kemahiran membaca yang betul perlu diamalkan oleh para pelajar supaya pelajar dapat meningkatkan pemahaman mengenai perkara yang mereka pelajari dengan lebih berkesan kerana ianya dapat meningkatkan prestasi para pelajar dengan membantu para pelajar menguasai sesuatu tajuk dengan sepenuhnya. Salah satu daripada teknik membaca ialah bacaan secara pantas. Bacaan secara pantas menurut Sayuti et al(2000) terbahagi kepada dua bahagian iaitu skimmimg dan scanning.
SKIMMING
Menurut Tarigan (1994:32) adalah sejenis kaedah membaca yang membuat mata kita bergerak dengan cepat ketika melihat, memperhatikan bahan bertulis untuk mencari serta mendapatkan informasi dan penerangan manakala menurut Farida Rahim (2005:61) skimming adalah membaca dengan cepat
untuk mengetahui isi suatu wacana dan dibantu oleh kata-kata yang bergaris. Teknik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen dalam masa yang singkat. Lazimnya, teknik ini lebih bertumpu untuk mencari:-
1)Isi kandungan
2)Tajuk/idea utama
3)Rumusan pada akhir bab
4)Bibliografi
Bacaan skimmimg boleh dilakukan dengan membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan tumpuan yang sepenuhnya terhadap bahan bacaan dan kebanyakan orang menggunakan teknik ini apabila mereka mempunyai banyak bahan bacaan yang perlu dibaca dalam masa yang singkat. Misalnya, teknik ini sangat berguna apabila pelajar perlu mencari maklumat melalui Internet kerana pelajar dapat mencari bahan yang memenuhi dengan keperluan yang dicari.
SCANNING
Menurut Soedarso (2006:89),
scanning adalah suatu teknik membaca untuk
mendapatkan suatu informasi tanpa membaca yang lain-lain. Teknik membaca scanning bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi sesuatu persoalan daripada sesuatu bahan bacaan. Misalnya, pelajar perlu membaca kandungan teks secara pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dikehendaki di dalam soalan. Hal ini membolehkan pelajar mencari maklumat berkaitan dengan soalan dengan lebih mudah walaupun dalam teks yang panjang.
Pembacaan secara scanning melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau frasa-frasa tertentu.Pembaca juga tidak akan membaca isi kandungan yang lain kecuali berkaitan dengan jawapan atau tema yang ingin dicari.Pembacaan secara scanning juga dapat membantu para pelajar untuk menambah istilah-istilah baharu dengan mencari perkataan yang dikehendaki menggunakan kamus kerana ianya akan menjimatkan masa. Selain itu, pembacaan secara scanning juga boleh digunakan untuk:-
1) Mencari nombor telefon.
2) Mencari tajuk pada
indeks.
3) Mencari angka-angka statistik
4) Melihat
acara siaran television.
Teknik bacaan scanning ternyata memudahkan urusan seharian kita dan menggunakan teknik ini,kita dapat mengurus masa sebaiknya kerana banyak masa yang dapat dijimatkan untuk digunakan dalam melakukan perkara-perkara lain. Bagi para pelajar juga, teknik ini dapat membantu mereka meningkatkan prestasi mereka sekali gus membentuk kaedah membaca yang lebih efisen.
rujukan:http://jurnalmahasiswa.unesa.ac.id/index.php/jurnal-penelitian-pgsd/article/view/3054/1784
rujukan:http://jurnalmahasiswa.unesa.ac.id/index.php/jurnal-penelitian-pgsd/article/view/3054/1784
Kesimpulannya, teknik membaca secara pantas membolehkan seseorang meningkatkan penguasaan pembacaannya sekali gus melatih diri untuk mempunyai penguasaan terhadap topik yang dipelajari dengan lebih cepat,tepat dan efisen.