PEMBACAAN PERLAHAN
OLEH : ZAFIZA ZABINA A/P ZAMLAN
Pembalajaran yang sempurna apabila
seseorang mempunyai teknik pembelajaran yang tepat untuk mendapatkan sesuatu
maklumat dengan relevan dan tepat. Pembacaan perlahan merupakan salah satu
kaedah yang sangat berkesan untuk dilakukan oleh setiap orang terutamanya yang
bergelar pelajar. Oleh itu bacaan perlahan perlu diaplikasikan agar dapat
mengetaui suatu teks dengan memahami secara keseluruhan. Sebagai contoh,
sekiranya kita ingin memgetahui sesuatu maklumat seperti peringatan, peraturan
dan info penting dengan jelas dan berkesan, kita patutlah mengamalkan pembacaan
perlahan agar dapat disimpan dalam minda dengan lebih lama. Hal ini demikian
kita akan sentiasa mengingati teks yang kita baca dengan lebih lama supaya
ianya tidak akan membebankan diri sendiri daripada membacanya semula.
Rujukan:https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-4-teknik-membaca/4-2-pembacaan-perlahan
Rujukan:https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-4-teknik-membaca/4-2-pembacaan-perlahan
Antara teknik pembacaan perlahan yang
mampu membantu kita dalam mengambil maklumat melalui membaca adalah teknik KWLH
(know, want, leart, dan how). Melalui teknik KWLH berikut, KWLH
diasaskan oleh Donno Ogie (1986) telah mampu menghubungkaitkan maklumat antara
hubungan yang sedia diketahui dengan yang baru diperoleh dalam proses
pembelajaran. Dalam konteks ini, seorang pelajar akan dapat mengetahui tentang
makluamt yang dibaca dan diperoleh daripada sumber yang dia baca. Sekiranya
pelajar tersebut membuat jadual teknik KWLH, maka pelajar tersebut dapat
menyusun dan membahagikan setiap aspek soalan dan mencari jawapan atas soalan
yang yang hendak diketahui dan kurang pasti di dalam kotak. Oleh itu, pelajar
akan dapat mengetahui jawapan mengenai bahan tersebut dengan jelas dan mudah
untuk difahami. Misalnya, menyenaraikan soalan di dalam jadual daripada teks
yang tidak difahami dan membacanya semula secara pembacaan perlahan supaya
untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan mudah untuk difahami. Hal ini teknik
KWLH dapat memudahkan setiap masalah yang dihadapi pelajar dalam memahami
sesuatu teks atau bahan bacaan yang sukar untuk difahamkan.
Rujukan:http://repository.ump.ac.id/2664/
Rujukan:http://repository.ump.ac.id/2664/
Selain itu, teknik kedua melalui pembacaan perlahan adalah teknik SQ3R diasakan oleh Robinson (1961). SQ3R ini adalah hasil akronim daripada perkataan (survey-question-read-recite-review-). Kelebihan teknik SQ3R ini adalah termasuk dengan membolehkan pelajar untuk mendapatkan maklumat/bahan daripada petikan supaya diingat dan dapat digunakan semula maklumat yang disimpan dalam minda. Oleh itu, teknik SQ3R ini lebih dikenali kepada cara mendapatkan maklumat, mengingati maklumat dalam jangka masa yang panjang dan memahami maklumat. Hal ini demikian pelajar akan mengingati apa yang telah dipelajari dengan lebih lama seperti waktu peperiksaan pelajar akan dapat menjawab dengan tepat kerana mengaplikasikan apa yang dipelajari semasa menjawab peperiksaan. Seterusnya, teknik SQ3R ini dapat mengatasi tahap kelemahan kefahaman sesorang pelajar mengenai isi kandungan yang dibaca daripada pelbagai sumber bacaan. Sebagai penutup wacana, teknik membaca amatlah penting bagi meningkatkan tahan kemahiran kita dalam pelajaran seperti mengetahui kaedah untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan.
Pengetahuan pembacaan perlahan perlu diterapkan dan dianalisikan oleh setiap penuntut ilmu bagi memudahkan pemprosesan pelajarannya. Sesungguhnya, mengetahui dan mengingati isi-isi penting dapat menambahbaikan prestasi pembelajaran dan dapat diaplikasikan pada setiap masa walaupun diluar kawasan kuliah. Harapannya adalah pelbagai pihak wajib menerapkan teknik bacaan di dalam diri pelajar supaya sentiasa berkekalan dari keturunan ke keturunan yang baru. Persis kata mutiara ialah mencurah air di daun keladi kerana menununtut ilmu yang tidak berkekalan dalam mental dan tidak diamalan maka itu adalah perbuatan yang sia-sia sahaja. Izharnya, Malaysia akan mampu melahirkan dan mewujudkan generasi yang berilmu pengetahuan yang luas dan mantap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan